Kata para sarjana : "2 kunci utama memacu agenda ummah, pendidikan & ekonomi". Malang kerana keduanya dkuasai musuh Islam. Apakah yang perlu kita buat hari ini bagi Islam mengatasi yang lain?. Tepuk dada tanya Iman.

Tuesday, October 19, 2010

IKRAR USAHAWAN HPA



KAMI…
PEMIMPIN-PEMIMPIN HPA IPG KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM
BERIKRAR…
AKAN MENGGALAS TANGGUNGJAWAB
PERNIAGAAN ISLAM INI.
KAMI BERIKRAR…
AKAN TERUS BERJUANG MEMBANGUNKAN
EKONOMI UMMAH YANG SEMAKIN REBAH
KAMI BERIKRAR…
AKAN MENJADI PENIAGA DAN USAHAWAN
MUSLIM YANG BERIMAN DAN BERTAQWA
USAHAWAN YANG MENGAMBIL BERAT
PERSOALAN HUKUM
HALAL DAN HARAM DI DALAM KEHIDUPAN
USAHAWAN YANG MENJAGA SOLAT
MEMELIHARA AURAT
MARUAH DIRI DAN BATAS PERGAULAN.
KAMI BERIKRAR…
AKAN TERUS MENINGKATKAN KUALITI
DAN JATI DIRI/ GIGIH BERUSAHA
BAGI MENCAPAI KEJAYAAN DI DALAM
PERNIAGAAN INI/
AKAN BERSEDIA MENDEPANI
SEGALA CABARAN SERTA RINTANGAN
JUGA HALANGAN.
KAMI BERIKRAR…
AKAN MENJADI USAHAWAN MUSLIM YANG
TIDAK MUDAH TUNDUK REBAH/
APATAH LAGI MENYERAH KALAH DENGAN
PANCAROBA DAN MASALAH.
KAMI BERIKRAR..
AKAN MENJADI SEBAHAGIAN PEMIMPIN
YANG GIGIH BERJUANG
MEMBANGUNKAN PERNIAGAAN INI/
MENGHIDUPKAN KELAS MINGGUAN YANG
DIJALANKAN / MENGHANTAR SERAMAI
MUNGKIN/ PESERTA KE PBC PADA SETIAP BULAN.
KAMI BERIKRAR…
AKAN TERUS BERJUANG MENDAPATKAN/
REZEKI YANG HALAL DAN BARAKAH/
DI DALAM PERNIAGAAN INI/ PENDAPATAN
EMPAT DAN LIMA ANGKA MENJADI IMPIAN
KAMI BERIKRAR…
AKAN KAMI BAWA DAN PERJUANGKAN
PRODUK HALALAN TAYYIBAN/
KE SETIAP PINTU RUMAH UMAT ISLAM/
KAMI BERSEDIA MENGHADAPI CABARAN /
PASARAN PRODUK YAHUDI DAN KUFFAR/
YANG MENCENGKAM SEKIAN LAMA.
KAMI BERIKRAR…
AKAN MENJAGA PERSAUDARAAN/
TERUS MENJALINKAN KASIH SAYANG
SESAMA KITA /
SALING BANTU MEMBANTU /
SETIA SEKATA DAN BERPADU /
SALING HORMAT MENGHORMATI /
BERTOLAK ANSUR /
MENGHINDARI PERMUSUHAN /
HASAD DENGKI /
JUGA FITNAH SESAMA SENDIRI
TAKBIRRR!!!


Monday, October 18, 2010

Mini Karnival @ IPSAH 2010

Mini Karnival IPSAH 16/17 Oktober 2010. Karnival ini juga berlangsung selama dua hari. Barang –barang display yang kami jual kt gerai HPA…Mcm2 produk de…. rmai yg datang dan beli….tp de yang tgok2 je & b’minat…

dari kiri : Azrie, Hasif , Irfan
Melalui penjualan ini juga kami mendapat pengalaman bagaimana untuk menarik orang ramai supaya ‘berhadapan dengan HPA”. Usaha ini amatlah sukar sekali, tetapi kami ingin belajar daripada kesusahan tersebut. Pepatah melayu pun ada menyebut “berakit2 ke hulu berenang2 ketepian, bersakit2 dahulu bersenang2 kemudian. Azam kami juga ingin menjadi ‘PJ’ pada tahun hadapan…insyaAllah 

Sunday, October 10, 2010

Sabun Clay


Ulasan Tn Haji Ismail bin Haji Ahmad, Pengarah Urusan HPA Tentang Produk Sabun Clay:


Sabun ini telah mula memasuki pasaran MLM dan mendapat pemintaan yang tinggi. Tanah liat putih yang dijadikan bahan campuran dalam sabun ini menjadi ubat yang baik terutama untuk sakit-sakit kulit seperti ekzema,gatal-gatal dan lain-lain lagi. Penggunaan tanah liat putih(clay) adalah antara 3 - 10% namun bagitu memberikan kesan yang cepat pada penyakit-penyakit tersebut.

Ekzema adalah sejenis penyakit kulit yang sukar diubati dalam perubatan moden tetapi mudah diubati dengan penggunaan sabun clay ini. Pada peringkat awal sabun ini tidak di letakkan pewangi tetapi keluaran baru telah di masukkan pewangi yang boleh menyegarkan pengguna. Insyaallah. Tanah liat putih juga akan dijual dipasaran dalam bentuk scrub badan tidak lama lagi dan ia memberikan pembersihan yang sebenar mengambil daripada kaedah fikh menyamak dengan 1 bahagian air tanah.

Dari testimoni yang telah disampaikan terutamanya daripada leader-leader di utara menunjukan pemintaan sabun clay akan meningkat sekali ganda dipasaran HPA. Insyaalah.

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia : RM 10.00
Sabah & Sarawak:

Harga Pengedar
Semenanjung Malaysia : RM 8.00
Sabah & Sarawak:

Nilai Mata: 2

Khasiat Kopi Radix



Khasiat Kopi Radix:

Menghilangkan Sakit Sendi dan Sakit Pinggang
Penyakit arthritis dan rheumatism terjadi hasil daripada peradangan yang berpunca dari ketidak seimbangan suhu. Kesannya mewujudkan kelebihan asid seperti asid urik yang menyebabkan ghout. Kopi Radix akan bertindak secara diuretik (memperbanyakkan kencing) dengan melakukan pengimbangan suhu dan asid. Terdapat testimoni yang banyak yang menceritakan kelebihan penggunaan Radix yang dapat menghilangkan sakit pinggang dan lutut.

Demam Panas
Minuman Kopi Radix akan menghilangkan rasa hendak demam jika diambil pada peringkat awal kerana bahan yang terdapat dalam Radix akan meningkatkan sistem imuniti untuk membunuh kuman yang menyerang tubuh. Tindakan bioflavonoid akan meningkatkan lagi aktiviti sel-sel imuniti dengan mempercepatkan pergerakan ke tempat serangan. Minuman Kopi Radix akan menyebabkan seseorang itu kencing dengan banyak, berpeluh dan terasa dahaga. Kesan dahaga ini membuatkan seseorang pesakit itu banyak minum air di mana suhu tubuh akan kembali stabil.

Ketumbuhan
Bahan yang dikenali sebagai quassinoid yang terdapat dalam Radix merupakan bahan anti tumor yang boleh menghilangkan ketumbuhan di otak. Ini diperkuatkan lagi oleh kajian Dr. Azizah Hamid daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) pada tahun 2000. Dalam kes yang sebenar, HPA mempunyai rekod menyembuhkan ketumbuhan di otak setelah pesakit diberikan Radix bersama Omega3 dan Spirulina.

Radix Untuk Kaum Wanita
Radix mempunyai bahan antioksidan yang boleh memerangkapkan radikal bebas yang menyebabkan pelbagai penyakit. Bagi wanita yang menghadapi masalah keputihan, lelehan cecair ini dapat dihilangkan dengan hanya meminum Kopi Radix, begitu juga dengan senggugut. Kopi Radix mempunyai kesan detoksifikasi yang boleh mengeluarkan keracunan di hati dan membetulkan perjalanan darah. Bagi wanita yang menopouse, mereka memerlukan pytoestrogen dan kalsium untuk tulangnya dan ini boleh didapati dalam Kopi Radix.

Kopi Radix Untuk Pesakit Kencing manis dan Darah Tinggi
Radix juga mengandungi betasitosterol dan stigmasterol yang bertindak sebagai hipoglisemik (menurunkan paras glukos). Kekuatan gandaan diuretik menjadikan Kopi Radix juga boleh digunakan untuk merawat hipertensi.

Kopi Radix Untuk Tenaga
Kesan afrodisiak meningkatkan tenaga kelakian dan baik jika disinergikan bersama Omega3. Bagaimana ini berlaku? Satu kajian yang dilakukan di Universiti Malaya (UM) menunjukkan bahawa tikus putih yang diberikan Radix menunjukkan penambahan 480% hormon jantan manakala tikus betina pula melahirkan anak jantan lebih daripada anak betina dengan nisbah 3:1.

Kopi Radix mengandungi 7 herba pilihan :
1. Tongkat Ali (AFRODISIAK/ANTIOKSIDAN).
2. Pokok Mata Pelanduk (DIURETIK).
3. Pokok Teja Lawang (KARMINATIF).
4. Pokok Tebu Gajah (ANTIDOT).
5. Pokok Mengkudu Hutan (LAXATIF).
6. Halban (IMUNITI).
7. Larak Hutan (KARDIOTONIK).

Chlorophyll Drop HPA.(Produk Baru)



Buang asid buang penyakit.

Produk HPA kali ini (klorofil)merupakan hasil kajian Dr Zakaria Abdullah,seorang saintis Muslim yang juga berjaya membuat produk yang dihasilkan daripada stem sel epal .(rujuk perbincangan tentang Uttwiler spatlauber spesis dari Switzerland).
Klorofil ini bukan seperti liquid klorofil (konsentrasi)yang di jual dipasaran tetapi ia adalah klorofil yang boleh meng"alkali"kan asid dalam tubuh. Asidosis adalah merupakan masalah utama dalam kehidupan hari ini apabila pemakanan tidak dijaga. Sepatutnya kita banyak mengambil makanan beralkali lebih daripada makanan berasid. Malangnya keadaan ini terbalik menyebabkan timbulnya pelbagai jenis penyakit.
"Buang asid buang Penyakit" merupakan kaedah pengurusan tubuh yang paling berkesan dimana ia memberikan kesan yang sangat positif terhadap kesihatan. Pengambilan herba-herba ubatan juga akan menjadi lebih berkesan setelah pengambilan klorofil. Satu contuh yang sangat ketara ialah penyakit keputihan pada wanita akan pulih dalam tempoh tidak sampai 3 hari.
InsyaAllah.
Masukan 3 titis sahaja klorofil HPA kedalam segelas air dimana pH air akan berubah menjadi bacaan 10 ++.Ini tidak berlaku dalam penggunaan produk yang lain termasuk konsentrasi klorofil.Inilah yang membezakan antara dua klorofil ini.

Air dari filter Dew HPA ialah pH 9.++.Sangat baik sebagai minuman disamping Klorofil Drop HPA. Selamat Mencuba..

Saturday, October 9, 2010

Blog Ni Under Construction

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger