Kata para sarjana : "2 kunci utama memacu agenda ummah, pendidikan & ekonomi". Malang kerana keduanya dkuasai musuh Islam. Apakah yang perlu kita buat hari ini bagi Islam mengatasi yang lain?. Tepuk dada tanya Iman.

Monday, May 9, 2011

Ceramah Halal Haram & Penjelasan MLM Syariah


Assalamualaikum.... 


Program                   : CERAMAH HALAL HARAM & PENJELASAN MLM SYARIAH
Penceramah            : Ustaz Zulqarnain Al-Hafis (Panel Syariah HPA)
Tarikh                        : Hari Rabu (10/5/2011)
Masa                          : Pukul 8.30 malam


Wednesday, April 20, 2011

Madu Lebah: Penyembuh Dalam Wahyu

Oleh : Ahmad Zakir Bin Mohd Amin

Sabda Baginda Rasulullah S.A.W:
“Madu adalah penawar kepada setiap penyakit dan Al-Quran adalah penawar kepada penyakit jiwa. Madu dan Al Quran adalah sebaik-baik penawar bagi segala jenis penyakit, maka adanya kedua-dua penawar adalah yang terbaik bagi kamu.”



Keistimewaan Tersendiri Madu

Madu merupakan cecair pekat yang berkhasiat dan mengenyangkan serta mengandungi bahan-bahan penting yang diperlukan oleh badan kita.Madu juga adalah bahan utama dalam pembuatan ubatan melalui penambahan antioksida ‘polyphenoplic’ didalam darah, justeru mengurangkan kesan kerosakan akibat pendedahan kepada radikal bebas semenjak zaman Mesir purba lagi.

Terdapat beberapa perbahasan tentang faedah yang terdapat pada madu yang dijalankan di University of California, Davis. Satu contoh yang boleh diberikan dari kesimpulan perbahasan tersebut adalah seperti berikut :
“Dengan pengambilan madu lebah setiap hari dapat meningkatkan ketahanan badan dari diserang penyakit. Hasilnya kita akan memiliki tubuh badan yang sihat dan jasad yang kuat…”
(All sail Therapeutic Alternative Medicine,University of California, Davis March 2004)

Dalam pada itu, Dr Muhammad Abdul Aziz al-Humairi, Presiden Pejabat kumpulan Asy-Syifa’, Yaman pula berkata,” Sebelum kita bercerita mengenai madu, kita mestilah mengetahui maknanya terlebih dahulu seperti terkandung di dalam Surah an-Nahl ayat 68-69.
Dari dua ayat ini dapat diketahui bahawa madu itu adalah cecair yang mengenyangkan dan merawat melalui perantaraan lebah dengan perintah Allah. Dan inilah yang membezakan madu dengan cecair yang lain.

Riwayat Berkenaan Madu
“Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: "Hendaklah Engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan Yang didirikan oleh manusia. Kemudian makanlah dari Segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang Engkau sukai), serta Turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu Yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu". (dengan itu) akan keluarlah dari Dalam badannya minuman (madu) Yang berlainan warnanya, Yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada Yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang Yang mahu berfikir.” (An-Nahl : 68-69)

Di dalam satu riwayat hadis yang dinukilkan oleh Abu Sa’id Al Khudri r.a, beliau berkata,”Seorang lelaki telah datang bertemu Rasulullah s.a.w untuk mengadu tentang sakit perut.” Rasulullah s.a.w telah bersabda kepada beliau,”Berilah dia meminum madu.” Lalu lelaki itu pun memberikan madu untuk diminum oleh saudaranya itu. Kemudian beliau datang lagi untuk bertemu Rasulullah s.a.w dan berkata,”Aku telah memberikannya minum madu,tetapi perutnya masih sakit.” Rasulullah s.a.w telah bersabda,”Berikanlah ia minum madu.” Kemudian lelaki itu datang lagi dengan pengaduan bahawa penyakit perut saudaranya masih juga belum sembuh. Demikianlah yang dilakukannya sehingga tiga kali. Rasulullah s.a.w masih menyuruhnya meminum madu. Namun demikian lelaki itu tetap juga datang dengan pengaduan yang serupa. Dengan yang demikian,Rasulullah s.a.w telah bersabda.”Allah Maha Besar, perut saudaramu telah berdusta.” (Riwayat Muslim)

Daripada Aisyah r.a katanya, “Madu adalah makanan kesukaan Rasulullah s.a.w.”

Ibnu Abbas r.a berkata, Rasulullah s.a.w telah bersabda, “Penawar itu terdapat tiga perkara. Bekam, meminum madu, dan mencos (membakar) diri dengan besi panas (dengan tujuan membunuh kuman ) dan aku menegah umatku dari melakukan pembakaran badan dengan besi panas (al kay).” (Riwayat Bukhari)

Tradisi Kualiti Turun Temurun

Pengambilan MADU LEBAH secara berterusan banyak memberi manfaat kepada kesihatan serta mampu menghindari dari pelbagai jenis penyakit seperti :-
Kencing manis > Barah/Kanser > Mata kelabu > Letih/ Lesu/ Tenat > Tenaga Batin/ Seks > Lendir/ Kahak > Penyeri Muka > Awet Muda > Pendarahan Otak > Gastrik > Gagap > Bersalin senang > Batuk > Penyakit Kulit > Sakit Telinga > Lemah Jantung > Jerawat > Pening > Pekak > Lumpuh > Uban (Berpenyakit) > Susah Tidur > Sakit Sendi > Sembelit > Selsema > Sakit Puan > Resdung > Darah Tinggi > Sakit Kepala > Angin > Luka > Keputihan > Bintik-bintik hitam > Rambut Gugur > Sakit Pinggang > Melecur > Haid > Buasir > Batuk Kering > Lupa > Keracunan Makanan > Asma/ Lelah > Kurang Darah > Alahan/Allergic
Madu juga selalu dihidangkan dalam jamuan-jamuan dan keramaian. Madu dicampur dengan telur dianggap penting untuk kesuburan dan kekuatan fizikal. Oleh itu ia diberikan kepada pengantin-pengantin lelaki dan juga kepada kanak-kanak lelaki yang berkhatan.

Kandungan Madu
Vitamin A > Natrium > Vitamin E > Iodin > Karbon > Magnesium > Vitamin C > Klorin > Zat Besi > Magganasee > Vitamin B lengkap > Kalium > Kalsium Sulfur > Kuprum > Silica

Keistimewaan Madu
• Sebagai makanan pelengkap
• Sebagai penyembuh penyakit
• Sebagai antiseptic

Keistimewaan Gula Madu
• Gula ringkas : mudah hadam
• Tidak mengganggu usus
• Mudah/ cepat diserap oleh sel
• Membekalkan tenaga segera
• Mudah diproses oleh buah pinggang

Peringatan
• Jangan menyimpan madu di dalam peti sejuk untuk mengekalkan kualiti madu
• Simpan madu pada suhu bilik
• Elakkan terkena pancaran matahari
• Jauhkan daripada cas elektrik

Cara Pemakanan
• Dua kali sehari- pagi dan malam
• Makan ketika perut kosong- sebelum makan & sebelum tidur
• Gunakan sudu plastic- untuk mengekalkan kualiti madu

Minumlah Madu Bagi Menarik Kekuatan Baru
Para pengkaji telah mendapati bahawa madu asli amat berguna kepada kesihatan manusia dari segi pembekalan vitamin, pemberian tenaga, penyembuhan, anti penyakit, kecergasan dan tenaga pengingat.

Di samping ianya dapat mewujudkan tenaga baru sesudah keletihan, maka ia juga dengan izin Allah dapat menahankan rasa lapar dan dahaga kira-kira selama dua jam sesudah meminumnya.Bagi memulihkan tenaga kekuatan baru, madu asli hendaklah diminum dua sudu besar secara begitu sahaja tanpa dicampur dengan bahan-bahan lain dan tanpa air kosong.

Bagi orang yang telah berumur 50 tahun ke atas, lebih baik baginya meminum madu sebelum atau selepas bekerja kuat, bersenggama dan sebagainya.
Bagi ahli sukan (atlit) atau pelumba lari, gunakan madu sebelum atau sesudah sesuatu acara atau sewaktu berehat seketika bagi menjaga kejayaan pasukan atau kejuaraan.

Oleh sebab madu itu bahan makanan atau minuman (cairan) ia tetap menjadi minuman sebab manisnya dan ia pula menjadi ubat penyembuh dengan sebab kandungan vitaminnya yang berkhasiat. Oleh kerana itu ia tidaklah berbahaya bila diminum dengan banyak, di mana Rasulullah s.a.w. pernah meminumnya semangkuk di waktu pagi.

Walau bagaimanapun dikatakan berbahaya minum madu secara serentak dengan buah tembikai, sebab ianya boleh membentuk racun yang membawa maut. Jika hendak makan tembikai, makanlah sesudah berlalu masa lima jam sesudah itu.

Kita sebagai manusia harus bersyukur kepada Allah s.w.t. yang sentiasa mewahyukan kepada jutaan lebah agar keluar terbang ke tempat-tempat yang jauh bagi mengumpulkan debu-debu air madu dalam berbagai jenis bunga pokok yang tumbuh di tanah-tanah tinggi dan rendah yang kaya dengan segala khasiat.
Alangkah ruginya kita yang beriman dengan wahyu Allah mengabaikan suatu Firman-Nya ini untuk diamalkan… Sebarkan kepada sesama Muslim. Budayakan Sunnah dalam kehidupan…

“Membangun Bersama Islam”
“Produk Halal Tanggungjawab Bersama”
Sungai Petani,Kedah
5.00 p.m/16 Jamadilawal 1432

Sunday, April 10, 2011

Program Pengembangan Dan Pemantapan Jaringan



Tarikh    : Hari Selasa / 3 Mei 2011

Masa     : 9.00 Malam - 11.00 Malam

Tempat  : Bangunan GERKO

Bayaran :


p/s : *Penyertaan dihadkan kepada 20 orang sahaja.
       *Segala perubahan akan dimaklum dari masa ke semasa
       *Untuk keterangan yang lebih lanjut, sila hubungi Ustaz Zakir & Ustaz Nik



Oleh : ibnu ismail

Monday, November 15, 2010

Apa Resepi Rahsia 'KFC' ??????


Puas saya mencari-cari di laman web apakah resepi rahsia yang digunakan untuk ayam goreng KFC yang popular dan mendapat sambutan di kalangan peminat-peminat ayam goreng di negara ini, akhirnya saya jumpa dokumen yang boleh dipercayai. Dokumen ini telah lama saya simpan di dalam hard disk saya sejak 2 tahun yang lalu, baru kali ini saya ingin dedahkan kepada pembaca sekelian. Ia juga atas permintaan seorang pembaca yang minta saya post artikel berkenaan makananfast food ini. Dalam dokumen ini, ia menyatakan kali terakhir dikemaskini pada Mei 2007. 


Apa yang saya perhatikan, resepi yang digunakan untuk ayam goreng adalah pelbagai, berbeza-beza mengikut jenis hidangan atau ianya boleh berubah mengikut keperluan semasa, kemungkinan jika kekurangan stok bahan-bahan, mereka juga akan bergantung kepada pembekal bahan mentah, menukar pilihan resepi yang lain dengan rasa tidak berubah. Resepi ini adalah formula standard yang disediakan di rangkaian restoran KFC di Amerika, kemungkinan ianya tidak banyak berbeza dengan resepi KFC di Malaysia. 



Berikut kandungan yang tersenarai dalam Original Recipe Chicken:
Ayam segar direndam dengan: garam, sodium fosfat, monosodium glutamat
Disalut dengan: tepung gandum, natrium klorida, trikalsium fosfat (sebagai anti-pengerakan), susu kering tanpa lemak, putih telur yang dikeringkan, bahan perasa resepi rahsia Colonel Sanders, susu, gandum dan telur. Ini hanya resepi untuk ayam sahaja, belum lagi ditambah dengan minyak untuk menggoreng. 


Untuk minyak masakan yang digunakan, berikut antara yang disenaraikan:

hydrogenated vegetable oil, hydrogenated soybean oil, minyak sayuran 



Bahan rahsia Colonel Sanders masih tidak didedahkan oleh pihak KFC, dan ia tentu suatu yang pelik kerana mereka tidak perlu dedahkan di dalam senarai kandungan. Walau apapun bahan rahsia yang digunakan, pada pandangan saya, tidak hairan ayam KFC menjadi lebih 'sedap' kerana kandungan Monosodium Glutamat atau MSG-nya. Sebahagian pengusaha mee segera seperti Maggi dan Yeo's menggunakan istilah Mononatrium Glutamat, kerana Natrium dan Sodium adalah bahan kimia yang sama. Inilah rahsia sebenar di sebalik kelazatan ayam KFC, bukan kerana resepi rahsianya. Ayamnya direndam terlebih dahulu di dalam larutan MSG membuatkan rasa ayamnya begitu berbeza dan lebih 'sedap' dari ayam lain. Bahan rempah-ratus rahsia yang diyatakan kemungkinan hanya 'gimik' semata-mata untuk menarik pelanggan. Saya menyedari kandungan MSG di dalam ayam KFC sejak menemui dokumen ini, dan sejak itu tidak lagi mengunjungi restoran KFC. 



MSG adalah bahan kimia bertoksik index glikemik tinggi yang boleh mendatangkan masalah obesiti. Ia merangsang deria rasa supaya kita menjadi ketagihan terhadap sensasi rasanya, memutuskan tabiat mengawal pemakanan kerana anda tidak akan terasa kenyang walaupun anda sudah makan dengan banyak. 




Minyak hydrogenated pula adalah lemak trans yang merbahaya yang mengumpulkan plak-plak di dalam saluran darah dan boleh menyebabkan masalah jantung. 

Walau apapun yang dinyatakan di atas, terpulang kepada anda. Jika masih tidak dapat meninggalkan makanan kegemaran anda ini, anda boleh teruskan memakannya tetapi perlu mengambil risiko mendapat obesiti dan masalah jantung. Mungkin buat masa ini, anda tidak rasa apa-apa masalah, tetapi tunggu saja di kemudian hari - kerana proses pengumpulan plak boleh mengambil masa bertahun-tahun lamanya sebelum ia menyumbat saluran darah anda. Anda perlu memakan secara kerap dan banyak untuk mempercepatkan proses serangan jantung dan masalah obesiti!


credt 2 : secret medicine

Friday, November 12, 2010

10 Keburukan Coca Cola?????

10 Keburukan Coca Cola?????
Kita di dunia umumnya dan di Malaysia khasnya, memang ramai ‘peminat coca cola’…Tetapi, kalian semua sudah tahukah apakah kandungan dalam minuman tersebut??? Pihak admin telah melampirkannya di bawah…..
Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/so di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola. Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini :

 
1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!


2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian ‘flush’. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan ‘citric asid’ yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?


3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap
bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat
hilang!


4. Untuk menghilangkan kesan ‘corrosion’ atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.


5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang
setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.


6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin
Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang.


7. Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh
meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka ni!


*Kalau Coca cola dituang dalam perut kita macam mana???fikir-fikirkanlah…jangan biarkan diri kita dijajah…memangla ‘Yahudi tidak masuk dalam rumah @ bilik kita, tapi mereka(yahudi laknatullah) telah menghantar produk dalam rumah kita…..fikir dan bertindak*

~untuk mendapat kesahihan lagi, sila lihat video d bawah~ 


Sunday, November 7, 2010

HPA Lancar Produk Terbaru > Akhil Hayy Perfume


Sabtu, 6hb Nov 2010: HPA telah melancarkan produk terbaru Akhil Hayy Perfume yang dilancarkan oleh Penyanyi Akhil Hayy dan GM Zon Tengah merangkap Setiausaha Panel Syariah HPA, Ust Ahmad Adnan Fadzil.







Kerjasama ini dilakukan dibawa program MIBF yang berperanan dalam membantu memasarkan produk keluaran IKS muslim kepada ahli-ahli HPA

Jom! Program HPAIC bulan November

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger